text
stringlengths
0
241k
Laman Utama
__NOTOC__ __NOEDITSECTION__
Air
Air () merupakan bahan kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air yang tulen tiada rasa, warna atau bau. Formula kimianya menunjukkan satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, H2O. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Air ...
Abdul Malik bin Marwan
Abdul Malik bin Marwan (647-705) merupakan khalifah kelima Kerajaan Bani Umaiyah menggantikan ayahnya, Marwan I. Pemerintahannya berlangsung selama 21 tahun bermula tahun 685 M hingga 705 M. Beliau juga terkenal dengan perwatakannya yang zuhud dan berilmu. == Kehidupan awal == Abdul Malik telah dilahirkan pada 26 H (64...
Paus (mamalia)
Paus () ialah sekelompok mamalia laut berplasenta yang sepenuhnya akuatik dan tergolong dalam order Setasea melalui lapan keluarga: Balaenopteridae, Balaenidae, Cetotheriidae, Eschrichtiidae, Monodontidae (termasuk beluga dan narwal), Physeteridae, Kogiidae dan Ziphiidae. Meskipun kesemua haiwan ini tampak mempunyai ci...
Gunung Tahan
Gunung Tahan () terletak dalam Taman Negara di negeri Pahang, selatan Semenanjung Melayu; Gunung ini merupakan sebahagian daripada Banjaran Tahan, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Negara Seri Dharmaraja dan banjaran induk Banjaran Tanah Seri. Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di wilayah semenanjung negara Malaysia d...
Bumi
Bumi (, nama astronomi: TerraNote that by International Astronomical Union convention, the term "Terra" is used for naming extensive land masses, rather than for the planet Earth. C.f.:) merupakan planet ketiga terdekat dengan Matahari dan satu-satunya objek astronomi yang diketahui mempunyai kehidupan. Hal ini disebab...
Pakma
Pakma, padma, patma atau kerubut ialah sejenis tumbuhan berbunga dalam genus parasit Rafflesia keluarga Rafflesiaceae. Spesies-spesiesnya berbunga besar daripada kudup yang muncul terus dari tanah atau berpangkal pada pokok perumah; salah satu spesies genus ini mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Genus ini memuatka...
Bulan
Bulan (, kata sifat berkaitan: qamari ) ialah satelit semula jadi yang beredar mengelilingi Bumi, ia jasad kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding jasad perumahnya. Saiz Bulan hanya satu perempat daripada saiz Bumi; ia dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari pada jarak purata 38...
Marikh
Marikh (lambang: ♂, daripada bahasa Arab atau Parsi: مريخ) merupakan planet yang keempat letaknya dari Matahari dalam Sistem Suria. Marikh terkenal dengan warna permukaannya yang merah apabila dilihat dari langit, terutamanya pada waktu malam. Ia mempunyai 2 satelit iaitu Phobos dan Deimos. Kedua-dua satelit tersebut m...
Laut Kaspia
Laut Kaspia atau Laut TabaristanDalam kitab Bustanus al-Salatin, rujuk: Wormser, Paul; d’Hubert, Thibaut (2008) "Représentations du monde dans le golfe du Bengale au XVIIe siècle : Ālāol et Rānīrī" (dalam bahasa Perancis). Archipel. 76 (1) 20-2, 24. doi:10.3406/arch.2008.4096 merupakan sebuah jasad air pedalaman yang t...
Adolf Hitler
Adolf Hitler (20 April 1889 – 30 April 1945) ialah seorang ahli politik Jerman kelahiran Austria yang merupakan diktator Jerman Nazi dari tahun 1933 hingga kematiannya pada tahun 1945. Beliau naik ke tampuk kuasa sebagai pemimpin Parti Nazi, menjadi Canselor pada tahun 1933 dan kemudiannya mengambil gelaran pada tahun ...
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional () atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perka...
Mashaf Uthmani
Mushaf Uthman ialah versi al-Quran yang diterbitkan oleh Uthman bin Afan. "Mushaf" ialah perkataan bahasa Arab yang secara harfiah, bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran. Ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu dalam sebuah peperangan untuk...
Penyakit
Penyakit (Tulisan Jawi: ڤڽاكيت) adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan...
Helium
Helium () adalah sejenis unsur kimia dengan simbol He dan nombor atom 2. Ia merupakan gas monoatom tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, tidak beracun dan lengai yang terletak di tempat teratas dalam kumpulan gas adi (kumpulan 18) dalam jadual berkala. Helium mempunyai takat didih dan lebur yang terendah berbandi...
Sistem Suria
Sistem Suria () terdiri daripada Matahari dan objek astronominya yang terikat oleh gravitinya ke dalam orbit sekelilingnya. Semuanya terbentuk daripada keranapan awan molekul gergasi kira-kira 4.6 bilion tahun lalu. Sebahagian besar jisim sistem ini datang dari Matahari. Dari kebanyakan objek yang mengorbit Matahari, k...
Embolisme
Embolisme ialah penyumbatan yang disebabkan oleh embolus, iaitu bahan yang menyebabkan penyumbatan, di dalam saluran darah. Embolus tersebut mungkin berupa darah beku (trombus), globul lemak (embolisme lemak), gelembung udara atau gas lain (embolisme udara), bendalir amnion (embolisme bendalir amnion), atau bendasing. ...
Afasia
Afasia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Masalah afasia adalah berbeza dengan disleksia. Tanda penting pengidap afasia adalah kesukaran berkomunikasi secara pertuturan, kesukaran memahami percakapan orang lain, dan ...
Glukosa-6-fosfat dehidrogenase
Glukosa-6-Fosfat dehidrogenase (G6PD) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan k...
Neptun
Neptun ( [nép.tun], ; juga Neptunus ) atau nama lama ia Waruna () merupakan planet kelapan dan planet paling jauh jika diukur dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia merupakan planet keempat terbesar berdasarkan diameter (49,530 km) dan planet ketiga terbesar berdasarkan jisim, yakni 17 kali lebih besar daripada Bumi, dan...
Zuhal
Zuhal (pinjaman ) merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi gas. Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara o...
Uranus
Uranus () merupakan planet ketujuh daripada Matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Nama Inggeris Uranus adalah bersempena nama dewa langit Yunani purba iaitu Ouranos (bahasa Yunani Kuno: Οὐρανός), bapa kepada Kronos (setaraf Satu...
Udara
Udara, Atmosfera Bumi, biasanya dikenali sebagai udara, adalah lapisan gas yang tertahan oleh graviti Bumi yang mengelilingi planet dan membentuk atmosfera planetnya. Atmosfera Bumi melindungi hidupan di Bumi dengan mewujudkan tekanan yang membolehkan air cecair wujud di permukaan Bumi, atmosfera yang melapisi langit a...
Haiwan
Haiwan () atau binatang () ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Hampir semuanya dengan seberapa pengecualian, memakan bahan organik, menghirup oksigen, mempunyai myosit dan mampu bergerak, dapat membiak secara seksual, dan tumbuh dari sfera kosong sel, blas...
Mamalia
Mamalia () ialah haiwan vertebrata berbulu atau berambut dalam kelas Mammalia; haiwan-haiwan betinanya yang menghasilkan susu daripada kelenjar mamari untuk diberi makan atau disusukan kepada anaknya. Nama kelas ini dijejak kepada perkataan bahasa Latin iaitu mamma "payudara". Kira-kira 6,400 spesies mamalia yang masih...
Gajah Asia
Gajah Asia (Elephas maximus) merupakan salah satu daripada tiga spesies gajah yang masih tinggal. Spesies ini dianggap terancam, dengan antara 25,600 dan 32,750 ekor yang masih hidup liar World Wildlife Fund factsheet. Subspesies gajah Asia adalah seperti berikut :- * Gajah India - Elephas maximus indicus - Gajah Asia ...
Orang utan
Orang utan, maias atau mawas merupakan sejenis primat dalam genus Pongo yang terdapat di kawasan merangkumi hutan-hutan hujan Borneo dan Sumatera. Haiwan ini pada mulanya disangka hanya satu spesies; sejak 1996 orang utan yang dijumpai terbahagi kepada dua spesies, iaitu orang utan Borneo (P. pygmaeus, dengan 3 subspes...
Seladang
Seladang (Bos gaurusProtection of Wild Life Act 1972LAWS OF MALAYSIA, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar dari...
Tumbuhan
Tumbuhan merupakan salah satu alam hidupan eukariot yang terdapat di alam semesta dengan nama Plantae. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan tenaganya dari cahaya matahari dengan menjalankan proses fotosintesis melalui kloroplas lalu menghasilkan kanji. Udara, air, dan juga nutrien merupakan keperluan asas bagi setiap tumbuhan. ...
Bunga raya
Bunga raya (nama botani: Hibiscus rosa-sinensis)ialah spesies tumbuhan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae. Ia banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan tropika dan subtropika, namun ia bertaburan asalnya di Vanuatu. == Penamaan == Nama-nama bunga sepatu dan kembang sepatu dat...
Mawar
Mawar () atau ros () merupakan sejenis tumbuhan berbunga dan saka digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae; Tanaman ini berasal dari kawasan subtropika Hemisfera Utara; sebahagian kecil spesies dari Asia Selatan dan sebahagian spesies besar mawar dari tanah besar China dan sebahagian spesies lainnya dari benua Eropa...
Belimbing besi
Belimbing besi (), belimbing manis atau belimbing segi (nama botani: Averrhoa carambola) merupakan tumbuhan daripada keluarga Oxalidaceae yang asli Asia Tenggara. Spesies ini menghasilkan buah bersegi atau bersanding-sanding yang boleh dimakan dan banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Belim...
Betik
Betik, katis, ketela, ketelah, ketalah, pepaya atau kepaya (nama botani: Carica papaya) merupakan spesies tumbuhan dalam genus Carica keluarga Caricaceae. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan dan Amerika Tengah, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika termasuk di Asia Tenggara. Pokok bet...
Sawo manila